Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat kembali ke tanah air selepas lawatan khas enam hari ke United Kingdom, bermula 16 September lepas.<br /><br />Lawatan khas itu bagi memenuhi jemputan rasmi kerajaan UK untuk memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II yang mangkat pada 8 Sept lepas.
